Saturday, October 16, 2010

Ku Berjanji Kerna Cinta



Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Meraihmu…menggapaimu

Kuberjanji karna cintaku
Karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah


p/s: special to my love ....

Sunday, July 4, 2010

hati berbunga2


salam semua..

Wujud lagi ker blog aku nih..hehe.. dah lama tak jenguk pun... Maklumla sejak alah teruk aritu tak ada mood sangat.. nak berblog lagi la malas..rugi betul..banyak benda nak tulis tapi mood uwekkkk mesti sampai .... ...

tak lama lagi cik dania manis akan dapat adik ... insyallah dan alhamdulilah sebab memandangkan dania pun dah nak masuk 3 tahun 11 Julai ni .... mesti lah dia nak berkawan.. tak ada la asyik ajak mama & ayah je main dgn dia ..hehehe...

Memandangkan dah masuk 4 bulan lebih ni alhamdulillah alah pun hilang dgn serta mertanya..amin sesangat ... dan berat pun dah bertambah-tambah..heheehe..

And now I'm so super happy in my life ..can't wait for u my lil baby...
XX or XY???? surprise ..tak tau lagi

ok bye...muahhh

love u my hubby n nia sayang..

Thursday, April 15, 2010

( ♥‿♥) CIUM ANAK DAPAT PAHALA (♥‿♥)



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulA akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

p/s: ...hari-hari mesti cium dania...
(◕‿◕✿)

SINAR AYAT KURSI



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


Friday, April 9, 2010

study???



ehehee...
patut ke aku senyum bila nak baca buku macam pic tersebut???
oh tidak...
kepala serabut nih....

iyer..
tapi sempat jugak nak menulis kat sini..
nak amik exam nih..



sungguh aku memang serabut...

kusut

huh

ini la hakikat yang sebenarnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




sabar...sabar...

fikir masa depan yang cerah...
..

huhuhu...

berusaha,berdoa,bertawakal,

nak tenangkan jiwa la ni.....







ok tenang yer........

(T_T)

Friday, April 2, 2010

Disebalik April Fool



SALAM

Emmm...memang agak lambat nak update blog pasal april fool ni. Sebenarnya bukan apa tetiba teringat kisah 1 April atau april fool yang diceritakan oleh ustaz masa sekolah dulu.

Seluruh dunia menyambut hari penghinaan ini malah orang yang beragama islam pun turut mengamalkannya tanpa menyedari apa yang berlaku disebalik hari yang bergelar April Fool ini.Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap orang lain dengan bertujuan bergurau senda atau mengenakan seseorang.Kononnya hari yang bergelar April Fool ini hari yang diberi peluang untuk membuat perkara-perkara yang jahat atau nakal.Tahukah korang apa sejarah sebalik hari April Fool ni?Mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni dan mungkin juga ramai yang buat2 tak tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu langsung?.April Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487,atau bertepatan dengan 892H.

Yang masih tak tahu,Nak tahu cerita?April Fool mula disambut sewaktu kejatuhan umat Islam di Sepanyol.Kerajaan Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Granada,Sepanyol,tapi akhirnya runtuh tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol[Moors] terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 islam di Sepanyol.

Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.Orang2 muslim yang bimbang sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya[1 APRIL] ,mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan dan menuju keperlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kerana semuanya telah dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki,perempuan dan juga anak2 kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah diserata dunia.

Kesimpulannya,sama2lah kita ingat mengingati sesama kita,sampaikan cerita disebalik April Fool kepada yang tak tahu lagi supaya tidak ada lagi umat Islam yang menyambut April Fool walaupun hanya berniatkan gurauan.
Sekian,wallahualam,wsalam..

p/s: Peringatan juga untuk diri sendiri.........semoga tak alpa....


baik-baik ye sayang ku

- Baik-Baik Sayang

khas untuk en hubby dan my cute dania...


aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

p/s: mama sayang dua2 nya....(^_^)

Wednesday, March 31, 2010

Suka Dapat award... ( ^_^)

yeayyyy..... 1st time dapat award ..suka+suki+gembira+riang hati ...tq so much kak shila ..blog kak shila pun meriah lagi cantik .... itu sebab kak shila pun dapat award (^_^) ..dan inilah awardnya.....






tapi nak dapat award nih kena la jawab soalan ..tapi bukan macam soalan periksa atau sebagainya... sonang ajer...

1.THANKS & LINKS THAT THE PERSON GIVE YOU THE AWARD
TQ a lot kak shila coz give me the award... toce...toce....(^_^)

2.PASS THE AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC

Ok yang ni saya suka .. saya dengan murah hati juga nak bagi award ni kepada mereka....


opss..15 orang jer.. yang lain tu kalau nama tak tersenarai jangan kecil hati ok .. semua blog pun cantik2...

3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD ok ... in proses...

4. STATE 7 THING ABOUT YOURSELF

Ok nasib baik 7 jer..sebab mata dah makin rapat... memanggil-manggil bantal ku yang empuk tu ...ok jangan buang masa melalut....

1. i love art...boleh jadi senyum sorang2.. dan muka akan jadi tekun dan teliti menelek hasil lukisan yang cantik-cantik

2. 'gila' shopping ... pantang ada duit .. cepat jer nak kempiskan poket..( uhhh..amalan yg tidak bagus)

3. sayang pada en hubby ku ...

4. sayang pada my cute dania....

5. sayang pada family ku ....

6. bulan mei ni birthday saya ... hehehe

7. i love teaching .........

ok itu jer.... penerima-penerima award boleh la amik tag ni dan jawab la ikut suka hati ...
ok bye...




gambar bila dah teruja dapat award la nih... hehe


p/s: anugerah yang paling bernilai adalah kelahiran puteri kesayangan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya...( fuh ayat tetiba jadi skema)


Friday, March 19, 2010

PULAU MUTIARA

Salam kengkawan..

Yeayyy..aritu pergi Penang jalan-jalan dengan my sis ..abg azam ..dan umi . . Mula-mula pening tak tau nak pergi mana .. sebab nak pergi yang dekat2 je..kononnya abg azam nak balik Klang awal.... so ada yang cadang ...Cameron??Ops tidak sebab baru jer pergi...Genting?? ( memang rasa macam nak pergi ) ..Tapi Last -last pergi Penang jer... ok la tu ... Terus terfikir boleh bawak Cik Dania manis pergi Toy Museum....mesti dia suka ..( eh..eh mama dia pun suka juge ..hehe)
(' ^_^ )


penang bridge...







kat depan toy museum...
tengok la maksu posing mcam sakit pinggang jer..
kikiki..tetiba teringat posing dania masa kat taman ..
eh sama la ....



macam-macam watak cartoon ada... ni sikit je yang diupload
ALADIN,HARRY POTTER,MR BEAN, MULAN ..dan berbagai la lagi



hah..ni korang sure kenal kan ..MUHAMAD ALI
& CAPTAIN JACK SPARROW



Barbie doll...


hah..kan dah teruja tuh tengok semua
toy ni ..sampai mengangkat
tangan...ye mama paham..fine
semua toys ni tak dijual ok cayang ..
sebab dania kata dia nak beli ..
hehe


sebenarnya mama pun teruja juge ..
kikiki
(^_^)



opss........
bukan kite berdua je teruja dania
rupa-rupanya yang sebelah kanan
tu lagi dasyat terujanya...
sampai posing gitu jadinya
kikiki...




hello mr SHREK..





Ok abis dah kat toy museum...
now at P.Ramlee home and Gallery
maksu,mommy and mama in the mirror



P.Ramlee home...
ok nak bagi info skit..
Rumah kelahiran P. Ramlee ni terletak di Lot 2180, Jln P.Ramlee, Penang.Tempat kelahiran P.Ramlee. Dibina pada tahun 1926 oleh bapanya bersama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya di zaman penduduk Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948. Rumah ini telah dibaik pulih semula buat kali ketiganya oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991. Rupa bentuk asal rumah ni masih dikekalkan ...


abah & ayah masing-masing mendukung anak ..
bagus2



kat ruang dapur rumah ...
teringat plak kat rumah tok kat kampung
semua perkakas dapur sebijik macam kat rumah tok
dan pah ..old fashion...tapi sangat bernilai ...



memang serius teringat kat kampung rumah
tok dan pah ...



hard rock hotel...
eh apasal aku nampak gemuk nih..
oh tidak..





padang kota



sempat lagi tuh ...
suruh adik ni lukis gambar kitaorang ..3 orang rm20..
mahal ke murah ..??tak tau la ..
ni 1st time ...




emm...lepas tu kitaorang pergi lepak-lepak kat Padang Kota
makan pasembur & cendol sambil mulut berpot-pet
cerita macam2..best..sebab view laut
yang biru..damai jer....
(^_^)


ok citer suda abis mau balik ipoh ....
gambar penang bridge waktu malam..cantik..
sumber dari google ...

p/s: Cuti -cuti Malaysia

Tuesday, March 16, 2010

Petua Mencuci Hati


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5.
Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9.
Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Wednesday, March 10, 2010

suatu petang ...

SALAM...

Lama dah tak intai-intai blog sendiri ni..hihi..
Tetiba jer rasa nak update blog dengan aktiviti dania di waktu petang..
yeayyy... beriadah..bersenam..berlari ..sambil mencari "bijih timah" yang tersembunyi dalam terowong gelap...kikiki....




ya...cik dania manis
dengan gaya berlagak menuju tempat nak main ..




eh eh ...sempat lagi posing ....
cam sakit pinggang jer..hehe




yeayyy menjerit...
"ini padang aku yang punya"...
sambil berlari ....



sweet....





jeng..jeng...
sempat lagi tuh ...
mengorek bijih timah dalam
terowong
gelap
wa wa wa...







smile...baby..






ok fine....ronda ronda ....





yup..en hubby cayang dah bau "masham"..
jogging sakan









ok abis...
pic mama dari sumber yang lain ...
tiada kena mengena dengan aktiviti di atas..

(^_^)

p/s : seronok dapat luangkan masa dengan family ...



Thursday, February 25, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW....





SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW....menjaga kesihatan

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.

Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, Tahajjud
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga shalat Dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Antara sunah-sunah Nabi SAW sebelum,ketika dan selepas tidur


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

p/s : Banyak lagi sunah-sunah Rasulullah yang boleh kita amalkan...Semoga sama-sama kita amalkan...( ^_^)

Monday, February 22, 2010

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Salam kawan-kawan.....




Waktu-waktu Mustajab Berdoa

Ketika hendak solat


Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam
. Sabda Nabi s.a.w

“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )

Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w

“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w

“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :

“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)

Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )


Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :

“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w

“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )


Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)


Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :

“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)


Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
. Sabda Nabi s.a.w.

“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .

Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )

Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud

“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”

Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)

Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda

“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )

Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda

“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )

Sumber: http://adeqshah.multiply.com/journal/item/97

Tambahan,

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).


Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)


p/s: Semoga doa kita diterima olehNYA...AMIN

Saturday, February 20, 2010

NAK TRY...












cantik tak???cantik tak???
Tadi...
boring-boring tak tau nak buat apa...tengah-tengah blog walking, tetiba plak terjumpa blog yang ada jual maxi dress Sebelum ni memang dah selalu tengok,tapi tak ada hati lagi nak mencuba..
Tapi bila dah tengok orang pakai
macam cun plak..heheheTerasa la plak nak mencuba
Haishh...kena cari jugak ni...
sebab sudah jatuh hati ....
huhuhu...
(^_^)


p/s: shopping lagi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...