Friday, January 29, 2010

EXERCISE MIND WITH 3D PICTURE

Adapted from MAGIC EYE: How to See 3D

WIZZY INTERVIEWS DR. I.C. THREEDY ABOUT GYMNASTICS FOR THE MIND



WIZZY:Why call 3D viewing Gymnastics for the Mind?

DR. I.C. THREEDY:You have to coordinate your two eyes and many parts of your brain in order to see 3D pictures.

WIZZY:And this is good exercise for your brain?

DR. I.C. THREEDY: Yes! 3D viewing stimulates many areas of the brain, so most people find it very pleasurable. The stimulation makes them feel alert, yet relaxed. It feels good!

WIZZY:Well, people don't feel good when they can't get it. They get pretty frustrated! Why do some people with normal vision have trouble seeing stereograms?

DR. I.C. THREEDY:Many people give up too quickly. You need to give your brain time to process and recognize the image. Can you remember a situation when you were looking at a confusing visual scene and it took you a while to figure out what you were seeing. Your mind had to grope around for a while. That groping process isn't a bad thing -- it wakes up your senses and helps develop mental flexibility!

WIZZY:Hmmm, I can remember experiences like that. It was confusing, but, also, exciting . . . So, you're really saying that people are exercising their minds by trying to recognize something that's unfamiliar.

DR. I.C. THREEDY:Yes, people can stretch their brains this way. In English we often speak of changing one's "perspective" or looking from a new "point of view." 3D viewing requires learning to look and see in a new and different way.

WIZZY:But, how can people learn to see in a different way? Most people believe they see one way and that's that.

DR. I.C. THREEDY:Good point, Wizzy. I'd agree that most people believe their vision is a given. It's something that they don't expect to change much. They either wear prescription lenses or they don't and they don't think any more about it. Maybe, those same people also believe that everybody basically sees an identical picture of the world. But, to quote another eye doctor:

"Eyes do not tell people what they see,
people tell eyes what to look for."
Larry McDonald, Doctor of Optometry

You see, vision is a dynamic process that's learned by the mind as well as the eyes. It's possible to teach the mind to process the information received from the eyes in a new and different way. Many people come right out and say, "I have bad eyes!" But, the eyes are actual extensions of the brain. Do you know anyone who would stand up and announce, "I have a bad brain!"

WIZZY:Not me! And not anyone I know, either! But, does that mean that if a person can't see 3D he or she has a bad brain.

DR. I.C. THREEDY:Absolutely not! I'm just saying that vision involves a learning process and the integration of eyes, brain, mind and body. We think we see with our eyes, but we actually see with our minds!

WIZZY:Fantastic. Most people are capable of "changing their minds", so maybe they're also capable of changing what or how they see!

DR. I.C. THREEDY:It's worth a try!

END OF THIS INTERVIEW


DAN SEKARANG SILA EXERCISE YOUR MIND


~~~TRY THIS IMAGE~~~

FOKUS..FOKUS .. OK





nampak ker? ada ikan shark kat dalam gambar ni..
jangan juling biji mata ok..
hehehe






DINOSOUR... ada jumpa tak...
sila fokus ok ...




floating candies...





ikan2 ni sedang godek-godek berenang
macam dalam aquarium...
sila fokus lagi...

OK dah cukup hanya 4 picture ..
Nanti mata juling ...

(^_^)


p/s: Siapa berjaya nampak sila tepuk tangan untuk diri sendiri..yeayyy


MERAJUK





~~~ELEH BUCUK BUCUK MAMA ~~~

heh
tengok la dania dah merajuk...
muncung boleh ikat dengan ribbon lagi ..
huhuhu : >
tak mau pandang camera dah ..
selalu kalau nak tangkap gambar mesti posing habis...
Tapi skrang cik dania manis dah
tak manis lagi sebab merajuk ...
hehehee
tengok tu..cik bear tu plak yang beria sengih pandang camera
tak malu..tak malu...

emmmm....nak tau sebabnya???
Dania tak nak tidur..itu je la sebabnya...
dania ni memang susah nak tidur ..
dari kecil lagi memang susah nak tidur...
Teringat lagi masa pergi rumah abang azam ( abg saya)
masa tu dia kecil lagi...baru merangkak..
Dah pukul 2 pagi pun tak nak tidur
1 rumah kecoh...
Terpaksa la start kereta bawa dia jalan-jalan dulu
Pastu dengan sendirinya terus tertidur dalam kereta..

..........

Dan sekarang pun ada masa dia buat jugak
tak nak tidur..
walau dah pujuk berkali-kali..
Alasannya ....
Nak tengok upin ipin..barney & friends,geng bas sekolah.
adi dan abah dan macam -macam lagi...
( Fuh letih nak melayan )

....

Disebabkan mama dan ayahnya nak kerja
jadi dengan selamba ayahnya terus tutup TV..

Apalagi ( uwaaaaaaaaaaaaa)
menjerit la cik dania ni
sambil memukul-mukul bear yang sedang dipeluk ..

......

heheheeee....
itu la sebabnya ...
DANIA MERAJUK
......

Wednesday, January 27, 2010

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

Salam...

Wah ..dah masuk penghujung bulan 1 dah..
Makin ramai yang anjurkan contest...
best...best...best...

Ni lagi satu contest yang best ...
Tajuknya..
contest sweet picture anak bersama ibu

kalau nak tau syarat-syarat selanjutnya
sila klik gambar di bawah ini...

"CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU"





Dan dengan berbesar hatinya ..
heheheh

( ^__^)

Gambar yang menjadi pujaan hati ku ialah ..

JENG~~~JENG ~~~JENG
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



my princess name: Zara Dania Qhalisya bt Zaraq Firdaus
Age: 2 tahun 6 bulan
Mama name : Normawati bt Mat Isa

Suka sangat gambar ni sebab-sebabnya...
Gambar ni mama dan nia nampak cool jer...
Senyum ala-ala manja gitu ...
hehehehe

Masa ni dah siap-siap nak pergi bawa my little
princess ni pergi Penang ..
jalan-jalan ...

ok complete...

Kalau nak join tarikh tutup nye 29.01.2010..
Cepat...cepat ..ada masa lagi

SABDA RASULULLAH SAW...

Rasulullah SAW bersabda ...

"Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya, masuklah dia ke syurga Tuhan Nya...."

Rasulullah SAW bersabda...

" Aku melihat isi neraka ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan." Kami bertanya,"Mengapa wahai Rasulullah ?" Baginda berkata, " Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin." Dari riwayat lain. "Aku melihat Syurga, ternyata sedikit sekali perempuan ," Aku bertanya, " Di manakah perempuan ?" Baginda berkata, " Mereka sibuk dengan arak, emas dan za'farah(parfum)."


Rasulullah SAW bersabda ...

" Kalau boleh aku perintahkan kepada seseorang agar bersujud kapada seseorang, maka aku perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya kerana betapa besar hak suami ke atas isteri.

ps: pedoman untuk kita semua


Tuesday, January 26, 2010

Saat-saat terindah ibu & ayah bersama si manja

SALAM....
seronok plak rasa nak join contest ni
..

simple tajuk but sangat bermakna..
I LOVE MY FAMILY...
yeyeeyy..

Contest dan syarat-syarat seperti di bawah...



'SAAT-SAAT TERINDAH IBU & AYAH
BERSAMA SI MANJA'

1) WAJIB jadi follower RAYYANOUTLET ;
2) warganegara MALAYSIA;
3) hantarla pict² terindah ibu & ayah bersama si manja anda.. CONTOH DI ATAS...
4) sila letakkan sticky mode (pic itam pth di bwh tu) di sidebar anda & link kan nya di dlm link list korang
5) copy juga banner rayyanoutlet di side bar anda
(tak paksa, klu nk letak pun boleh, xmau letak pun
6) sila tinggal kan link anda di kotak komen ya utk tuan umah melawat

DAN

GAMBAR YANG AKAN DIPERTARUHKAN IALAH






Gambar ni diambil semasa kami pergi ke Melaka..
Tak tau la kenapa suka gambar ni mungkin
sebab gaya posing tu kot
hehehe

memang terasa saat-saat terindah bersama si manja kami..
sangat bahagia....
semoga setiap detik yang dilalui menjadi kebahagiaan kami
selamanya...

amin


Monday, January 25, 2010

SAAT MANIS SI MANJA



YEAYYYY!!!
Nak masuk contest...hehee..Asyik tengok orang je masuk contest,
teringin pulak rasanya nak join...
Seronok-seronok kan..
menang kalah perkara nombor 2..

Contest ni tajuknya

"SAAT MANIS SI MANJA"

&

syarat-syarat penyertaan boleh la baca kat bawah tu


1. Upload banner contest di atas ke sidebar.

2. Tajuk contest 'Saat Manis Si Manja'

3. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 0-6 tahun sahaja.

4. Upload gambar saat manis si manja anda (spt percutian,hari lahir dll)
Sertakan nama dan umur anak.

5. Tuliskan tajuk gambar. Tidak melebihi 15 patah perkataan.

6. Jadi follower blog saya My Small World.

7. List-kan My Small World di dalam blog list anda.

8. Pemenang berdasarkan gambar yang paling menyentuh hati!.

9. Tinggalkan link anda di dalam entri ini.

10. Juri akan dilantik oleh saya.

11. Hadiahnyer ??? seorang si manja lelaki DAN seorang si manja perempuan akan dipilih. Hadiah dipilih oleh si manja yang gambarnya terpampang di 'banner'.

Masing2 akan menerima 1 Single Bed Fitted Sheet Set dari Aussino


Bahagian Hadapan set cadar Disney Princess

Bahagian belakang set cadar Disney Princess

**Hadiah pemenang kategori si manja gegirl**


Bahagian hadapan set cadar Disney Mickey & Minnie Mouse

Bahagian belakang set cadar Disney Mickey & Minnie Mouse

**Hadiah pemenang kategori si manja boboy**

12. Contest ini bermula pada 11 Jan - 31 Jan 2010.
Pemenang akan diumumkan 1 minggu selepas tarikh tutup!.

Dan gambar yang menjadi pilihan hatiku ialah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Nama buah hatiku ini: Zara Dania Qhalisya bt Zaraq Firdaus
Umurnya: 2 tahun 6 bulan

Tajuk Gambar: ~KEDAMAIAN ~
Gambar ni diambil semasa pergi bercuti kat Pulau Pangkor
dengan famili. Cik Dania manis ni orang pertama
yang sangat teruja apabila nampak laut.
Masa ni dania sedang main pasir
sambil mata tenang melihat biru warna laut...



yeayyyy...dah siap....

Friday, January 22, 2010

TIPS ATASI RAMBUT GUGUR



Salam,

INTRO kali ni ...
~~~RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA~~~

Mahkota yang dianugerahkan ini kalau tak dijaga
mungkin akan dapat masalah..
emmm..biasanya orang perempuan ni
selepas bersalin jer rambut mesti banyak gugur..


hik..hik..

(T__T)

( orang yang tengah taip ni pun ada masalah ni)
memang mahkota ku ni banyak pulak gugur..
lebih-lebih lagi lepas bersalin dulu..
Tapi sekarang tak la teruk sangat macam dulu ..

Oleh itu ,
dengan rasa murah hatinya ..
hehe
tuan blog ingin berkongsi info pasal tips nak
jaga rambut jangan bagi gugur ..

uishhh..takut botak... serius takut..

ok

sekarang


SILA BACA DENGAN TEKUN !!

Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas bersalin adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin.
Mungkin masalah ini tidak pernah berlaku sebelum anda melahirkan anak dan pastinya ia membuatkan ramai wanita runsing dan bimbang.

Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Wanita perlu peka menjaga kesihatan rambutnya kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rambut wanita menjadi botak.

Untuk menghindari rambut kering dan gugur,

beberapa faktor perlu anda ikuti dan amalkan.

Antaranya:

Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira.

Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.

Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.

Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

SUMBER: http://www.majalahpama.com.my

Thursday, January 21, 2010

RINDU....





~~~AMAT RINDU~~~

rindunya nak update blog yang ku sayang ni..hik hik

tapi...

nampaknya buat masa ni busy sikit

banyak benda yang nak dikongsi nih..

tapi takder masa nak menaip ...

( -__-")

tunggu..tunggu... tunggu ko blog..

jangan merajuk ehhhh...

akan ku update juga suatu hari nanti ..

ok...



sekarang layan lagu dalam blog ni...

suka tau lagu ni...


1st dengar lagu ni dengan en hubby kat handphone..

hehehe

(^_^)

terus suka

best..






jumpa lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~~BYE~~



Friday, January 15, 2010

KREATIF + CUTE

Salam,

Entry kali ini kreatif+cute..apa la maksudnya..Yang sebenarnya kali ni saya nak berkongsi gambar yang baru je saya dapat ini..emm memang suka berkongsi maklumat
(tapi bukan berkongsi cinta hatiku ye..uhhh..tak suka..tak suka).

Kita biasa tengok kan kalau orang kawin je macam-macam la gubahan baik dari pihak lelaki atau perempuan. Makcik-makcik yang kreatif-kreatif bertungkus-lumus nak siapkan gubahan.. tak kira la gubahan hantaran atau gubahan santapan.

Masa kecil-kecil dulu pernah la tengok emak saudara gubah buah tembikai jadi raga, buah nenas jadi kapal dan macam-macam la lagi..kreatif emak saudara saya..heheh

So I want to show you something ..
bukan la gubahan tapi amat kreatif dan dalam kategori cute la jugak...

~~~SAKSIKAN ~~~





Hah cute tak...amat cute kan...nak makan pun sayang
~~leh tak i nak buat hiasan letak kat rak ~~heheh







Yang ni pun sesuai jugak bagi kat orang yang tersayang kan..








uhh..tak pernah terfikir dek akal fikiran telur pun boleh buat
benda tu..suka-suka sangat suka








kesian ..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..
ki..ki..ki







Kalau rasa dah gian nak main muzik ..yang ini pun boleh
jugak kan..hehehe









uhhhh....jangan ..jangan..jangan lakukan ..( apa aku merepek ni )









saya geram..geram..pisau ni pun sodap..









huisss.hhhh...nak masuk sukan olimpik ni ..





KREATIF DAN CUTE tak ..hahaha.... ok la


Gambar kreatif +cute yang lain akan diupload kemudian

~~~SEKIAN ~~~








Wednesday, January 13, 2010

AZAN

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.."



sumber:copy paste from my email untuk dikongsi bersama ..Wallahualam

KAREKTOR MANUSIA

Salam,

"oh bulan enggan melayan diriku lagi..Pabila air mata membasahi pipi.."

Eh..bukan nak cerita pasal lagu yuna la..tapi nak cerita pasal bulan....
Bulan kelahiran .......Setiap manusia yang dilahirkan kat bumi ALLAH Yang Maha Besar ni mesti ada tarikh, bulan dan tahun yang sangat special untuk diri sendiri.

Kita pun dah tau yang setiap tarikh kelahiran tu ada bintang dan bulan yang tersendiri..Dalam kajian yang dibuat setiap bulan juga dapat menunjukkan karektor manusia..Contohnya macam tuan blog ni la hehe..lahir dalam bulan mei dan bintangnya taurus... Macam2 la nama-nama bintang ni yang kita pun sedia maklum kan ...

Ok malas nak type panjang2 ..Jom ketahui karektor kelahiran anda dalam kajian 25 tahun Dr Fadzillah Kamsah mengenai karektor kelahiran manusia ...

KAREKTOR MANUSIA KAJIAN 25 TAHUN DR FAZILAH KAMSAH


p/s: Bersyukur dilahirkan sempurna akal dan fizikal..
"PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Tuesday, January 12, 2010

EDIT ~~EDIT



Boring betul arini, tak de keje lain asyik mengadap laptop ni je..
macam picture kat atas tu..
cute kan gambar tu..
kalau laptop ni leh bercakap dah lama jerit
" woi dah tak reti-reti nak shut down ke"
hehehe....

(^__^)

Dalam boring2 tadi terfikir apa la aku nak buat lagi
selain mengadap muka buku yang kadang-kadang tu bosan jugak...
emmm tiba2 terfikir dah lama tak edit gambar...
apalagi mood edit tetiba datang la...

Memang aku suka mengedit gambar ni ..
tapi tahap nak edit gambar tu takde la "pro" sangat pun.
.takat biasa-biasa je la..tapi seronok bila tengok gambar yang diedit tu siap...
untuk puaskan hati sendiri je la...
heh..janji suka hati kan..

Tengah syok-syok edit gambar tetiba la plak adobe tu buat hal la plak ..
Nak buat layer pun tak sempat..
Dan sampai skrg tak tau la apa masalahnya..
Sempat la edit 3 gambar ni je..Tsk..
















p/s: suka tengok org edit gambar cantik-cantik


WENG~~WENG~~ gambar di bawah ni saja letak hihihi...


PENANTIAN SATU PENYEKSAAN ...



emmm..kenapa la rasa hari ni panjang je...cepat la masa berlalu
tak tau nak buat apa dah ni... tsk

(T__T)

malam siang pun sama je rasa...
arghhhh....

SUARA KU BERHARAP




Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba 'tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

[#]
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu ouuw wooohh
Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Back to [#]

Ouuw wooohh...

Suara dengarkanlah aku

CUTE SONG...



I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

Slow it down
Make it stop
Or else my heart is going to pop
'Cause it's too much
Yeah, it's a lot
To be something I'm not

I'm a fool
Out of love
'Cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

The sun is hot
In the sky
Just like a giant spotlight
The people follow the sign
And synchronize in time
It's a joke
Nobody knows
They've got a ticket to that show
Yeah

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

Just enjoy the show

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

Monday, January 11, 2010

MY HERO

~~~~~tadaaaaaaaa ~~~~~~.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






~~~~~~
~~~10/01/2010~~~

It’s your birthday...
and I’m thinking how glad I am
that you were born.
You have given me so much--
supported me, encouraged me,
cared for me; I didn't even need to ask.

I celebrate your wonderful self!
I am in awe of your boundless generosity,
your infinite kindness--that gentle inner glow
that you so freely use to warm my life.
Your birthday is as much a celebration for me
as it is for you, maybe more,
and I wish for you the best of birthdays,
the best one ever.

May each birthday be better than the last.
Most of all, I hope you will always be
As happy as you have made me.

No matter what I look like,
Whether pretty or plain you see,
When I’m all dressed up or in PJs,
You just keep on loving me.....


HAPPY BIRTHDAY MY LOVE!!!

(^__^)

Oh umur dah makin tua en hubby ni( mana ada umur makin muda pun...heheh) ... dah masuk 27 tahun pun.. ...this year dapat handphone yang diidamkan pun kira ok la ye...sengeh memanjang sampai ke telinga bila dapat handphone baru menggantikan hp lama yang kdg2 tak nak berkhidmat untuk tuannya...heheh.... muahhhhh...Love u with all my heart...

Tak boleh lupa apabila cik dania manis yang teruja menunggu jam tepat pukul 12 malam untuk pasang lagu birthday and nyanyi kuat-kuat untuk ayahnya yang tersayang walau mata dah mengantuk tahap dewa tapi tahan jugak.... hehehe..dan part yg paling tersentuh hati ku ini apabila en hubby membacakan doa untuk kami sekeluarga sebelum jamah kek ...

mama sayang dania & ayah
.....dunia akhirat

Saturday, January 9, 2010

KANGKUNG

Satu lagi cerita mengenai makanan..
Al- maklumlah Malaysia ni kaya dengan makanan...
Sebelum ni pasal kebaikan coklat dan kali ni kisah mengenai sayur kangkung.
Memang my favour vegetable la ni... Tapi bila dah baca artikel ni ...

uwekkkkk...

( @___#)

tak tau nak cakap la...baca la sendiri ....ok



Attached is an article forewarded by a psychiatrist from
Klang Hospital .



ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?


Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.

Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.


Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.


Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.


Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.


Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.


Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

p/s: hati-hati

sumber: copy paste from my email

Friday, January 8, 2010

UNTUK RENUNGAN BERSAMA


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu
kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun
kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari
lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada
dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi
untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut
pada tali tu.. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di
tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... . Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus
putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba
Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi
seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,
lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi.. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar
satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .... Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya
ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si
hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi
dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...


Si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah
maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2
ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau
pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu.... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat
sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah. .... ..


1 minit untuk mengingati Allah


Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WASAHBIH AJMA'EEN

Monday, January 4, 2010

KEBAIKAN COKLAT




*COKLAT *Fuh...amat mengiurkan tengok coklat kat atas ni..
~~so sweet~~



Salah satu my fovourite yummy ialah
coklat.Tak tau la tapi kalau rasa TENSION ker, SUSAH HATI
ke mesti nak cari coklat

dan makan coklat.
Sebabnya bila makan coklat jer hati rasa cool sikit

and my mind rasa relax je. Tak tau la orang lain kan, tapi itu la
yang berlaku pada diri sendiri.


Teringat masa belajar kat uni utama (uum) dulu.
Kalau assignment belambak tak siap ker,

gaduh2 dengan buah hati ker( hik2 ada la jugak kan ),
exam nak dekat dan kena stay up

malam-malam mesti nak cari coklat,
tak pun sanggup pegi jalan kaki kat The Mall tu
semata-mata nak cari coklat.

huhuhuh...

(^__^)

sampai rumet pun kata,"ko ni buang tebiat ker"
assignment belambak ni ko nak

jugak jalan kaki pegi beli coklat tuh.....
GRRRR...bengang jer member

heheheh....

Dan sebab itu jugak lah, rasa terfikir nak
cari info pasal coklat ni ...
(cari info sambil menikmati hot chocolate drink...emmmm)



Semoga dapat dikongsi bersama tentang kebaikannya...





************************************************************************************

Makan coklat baik untuk kesihatan

Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999

London - Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

************************************************************************************

KEBAIKAN COKLAT

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

SUMBER: http://sharifahelzahra.tripod.com/id1.html

************************************************************************************

JENG~~~JENG~~~JENG yang ni saya suka

COKLAT UNTUK KECANTIKAN

Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.

sumber:http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan

************************************************************************************
MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

sumber: ehoza.com

*************************************************************************************
COKLAT TIDAK MENGEMUKKAN

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

sumber: ehoza.com

************************************************************************************

COKLAT HILANGKAN STRES

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

sumber: ehoza.com

***********************************************************************************

p/s: Jangan berebut-rebut nak makan coklat plak lepas ni ..

Sunday, January 3, 2010

LEMON TREE

Teringat semasa kanak-kanak ribena dulu-dulu... waktu tu ada Hari Kanak-kanak..Jadi cikgu pun suruh la buat persembahan untuk that day... Jadi salah seorang yang terpilih untuk membuat persembahan tu ialah orang yang sedang taip ni la..hehehe

( ^__^ )..

Alangkah gumbiranya hati bila terpilih dan lagu yang mesti dinyanyikan ialah LEMON TREE...nyanyi rami-ramai la bukan sorang2..kalau sorang2 masa tu cuak jugak la kan..

(#__@)

heh...
Tapi kenangan tu mmg best...ingat sampai skrang..
Dan dengan itu apa lagi upload la video klip ni sempena
mengenangkan zaman hingusan dolu2....






I'm sitting here in a boring room
It's just another rainy sunday afternoon
I'm wasting my time I got nothing to do
I'm hanging around I'm waiting for you
But nothing ever happens - and I wonder
I'm driving around in my car
I'm driving too fast I'm driving too far
I'd like to change my point of view

I feel so lonely I'm waiting for you
But nothing ever happens - and I wonder
I wonder how I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see
Is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around

And all that I can see
Is just a yellow lemon-tree
I'm sitting here I miss the power
I'd like to go out taking a shower
But there's a heavy cloud inside my head

I feel so tired put myself into bed
Where nothing ever happnes - and I wonder
Isolation - is not good for me
Isolation - I don't want to sit on a lemon-tree
I'm steppin' around in a desert of joy
Baby anyhow I'll get another toy
And everything will happen - and you'll wonder

I wonder how I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see
Is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning aound
And all that I can see
Is just a yellow lemon-tree

KALIMAH ALLAH PADA TELUR

~~~Al-kisah~~~ Kita biasa lihat mengenai kalimah ALLAH pada buah kurma,badan ikan, akar,awan,daging, kalimah ALLAH di angkasa lepas dan banyak lagi la. Kali ini kejadian yang terjadi pada diri sendiri ( tuan punya blog la) apabila hubby beli telur pada 31.12.09. Terkejut dan kagum apabila sebiji telur ada kalimah ALLAH. Terus mengucap Allahuakbar..ALLAH MAHA BESAR..Gambar-gambar tersebut diupload untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog sekalian ....



kalimah ALLAH pada kulit telur



compare dengan telur yang lain





P/S: Di sini saya letakkan artikel untuk dikongsi bersama..Wallahualam

MAKSUD KALIMAH TAUHID YANG SEBENAR

Oleh: M. Saifudin Hakim

disunting bahasa oleh Mohd Masri

Masih terngiang-ngiang dalam ingatan kita ketika dulu zaman masih sekolah, kita diajarkan bahawa makna kalimat tauhid “laa ilaaha illallah” adalah “Tidak ada Tuhan selain Allah”. Inilah makna yang selama ini terpateri dalam hati sanubari kita tanpa sedikit pun kita berfikir tentang kebenaran makna tersebut. Ini kerana memang itulah yang diajarkan oleh guru-guru kita pada saat masih sekolah dulu. Salah faham ini tidak hanya dialami oleh masyarakat awam, bahkan orang-orang yang dikenali sebagai “cendekiawan” muslim pun salah faham tentang makna kalimat tauhid ini. Buktinya, di antara mereka ada yang mengertikan “laa ilaaha illallah” sebagai “Tidak ada tuhan (“t” kecil) selain Tuhan (“t” besar)”.

Untuk Apa Membahas Makna Kalimat Tauhid?

Perlu diketahui bahawa kalimat “laa ilaaha illallah” yang diucapkan oleh seseorang tidak akan bermanfaat kecuali dengan memenuhi seluruh syarat dan rukunnya serta mengamalkan tuntutannya. Hal ini seperti ibadah shalat yang tidak akan sah kecuali dengan memenuhi syarat dan rukunnya, serta tidak melakukan pembatal shalat. Di antara syarat “laa ilaaha illallah” yang mesti dipenuhi adalah seseorang mesti mengetahui makna kalimat tersebut.

Allah Ta’ala berfirman yang ertinya, “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada sesembahan yang benar selain Allah” (QS. Muhammad [47]: 19). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mati dalam keadaan mengetahui bahawa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah, maka dia akan masuk syurga” (HR. Muslim).

Daripada dalil-dalil dari Al Qur’an dan As-Sunnah tersebut, para ulama rahimahullah menyimpulkan bahawa salah satu syarat sah “laa ilaaha illallah” adalah seseorang mengetahui makna “laa ilaaha illallah” dengan benar.

Tidak Ada “Tuhan” selain Allah

“Tidak ada Tuhan selain Allah” merupakan makna kalimat “laa ilaaha illallah” yang popular di kalangan kaum muslimin. Dalam hal ini, kata “ilah” diertikan dengan kata “Tuhan”. Namun perlu diketahui bahawa kata “Tuhan” dalam bahasa Indonesia memiliki dua makna. Pertama, kata “Tuhan” yang dimaksudkan dengan pencipta, pengatur, penguasa alam semesta, pemberi rezeki, yang menghidupkan, yang mematikan, dan yang dapat memberikan manfaat atau mendatangkan mudharat. Kedua, kata “Tuhan” yang bererti sesembahan. Iaitu sesuatu yang menjadi tujuan segala jenis aktiviti ibadah.

Kerana terdapat dua makna untuk kata “Tuhan”, maka kalimat “Tidak ada Tuhan selain Allah” juga memiliki dua pengertian. Pengertian pertama, “Tidak ada pencipta, pemberi rezeki, dan pengatur alam semesta selain Allah”. Pengertian kedua, “Tidak ada sesembahan selain Allah”. Oleh kerana itu, dalam perbahasan selanjutnya kita akan meninjau apakah memberi makna kalimat “laa ilaaha illallah” dengan kedua pengertian tersebut sudah benar serta berdasarkan dalil-dalil dari Al Qur’an dan As-Sunnah?

Tidak Ada Pencipta, Pemberi rezeki, dan Pengatur alam semesta selain Allah

Memberi makna “laa ilaaha illallah” dengan “Tidak ada Tuhan selain Allah” yang bererti “Tidak ada pencipta, pemberi rezeki, dan pengatur alam semesta selain Allah” adalah pemahaman yang keliru. Berikut ini kami sampaikan beberapa bukti yang menunjukkan kesalahan tersebut.

Bukti pertama, kaum musyrikin pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mengakui bahawa Allah Ta’ala adalah satu-satunya Zat Yang Menciptakan, Memberi rezeki, dan Mengatur alam semesta. Hal ini dapat kita ketahui dari dalil berikut ini.

Allah Ta’ala berfirman yang ertinya, “Katakanlah, ’Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab,’Allah’” (QS. Yunus [10]: 31).

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kaum musyrikin pada zaman dahulu meyakini sifat-sifat rububiyyah Allah, iaitu bahawa Allah-lah satu-satunya Zat Yang Menciptakan, Zat Yang Memberi rezeki, dan Zat Yang Mengatur urusan alam semesta. Namun, keyakinan seperti itu ternyata belum cukup untuk memasukkan mereka ke dalam golongan orang-orang yang bertauhid. Sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun tetap memerangi mereka, menghalalkan darah dan harta mereka meskipun mereka memiliki keyakinan seperti itu.

Oleh kerana itu, apabila kalimat “laa ilaaha illallah” diertikan dengan “Tidak ada pencipta selain Allah”, “Tidak ada pemberi rezeki selain Allah”, atau “Tidak ada pengatur alam semesta selain Allah”, maka apa yang membezakan antara orang-orang musyrik dan orang-orang Islam? Jika orang-orang musyrik itu masuk Islam dengan dituntut mengucapkan kalimat “laa ilaaha illallah” dengan makna seperti itu, lantas apa yang membezakan mereka ketika masih musyrik dan ketika sudah masuk Islam? Bukankah ketika mereka masih musyrik juga sudah mengakui bahawa Allah-lah satu-satunya Zat Yang Menciptakan, Zat Yang Memberi rezeki, dan Zat Yang Mengatur urusan alam semesta?

Bukti kedua, kesan daripada makna tersebut bererti kaum musyrik pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bukanlah orang musyrik. Demikian pula, segala jenis perbuatan mereka yang menujukan ibadah kepada selain Allah Ta’ala bererti bukan syirik. Hal ini kerana kesan daripada makna tersebut adalah seseorang tetap disebut sebagai seorang muslim meskipun dia berdoa meminta kepada para wali yang sudah mati, atau berdoa kepada Allah melalui perantaraan (tawassul) orang-orang shalih yang sudah meninggal, atau menyembelih untuk jin penunggu jambatan, selama mereka memiliki keyakinan bahawa Allah-lah satu-satunya Zat Yang Menciptakan, Memberi rezeki, dan Mengatur alam semesta. Maka sungguh, ini adalah kekeliruan yang sangat fatal. Kerana ternyata makna tersebut akan membuka berbagai macam pintu kesyirikan di tengah-tengah kaum muslimin.

Tidak Ada Sesembahan selain Allah?

Makna kedua dari kalimat “Tidak ada Tuhan selain Allah” adalah “Tidak ada sesembahan selain Allah”. Namun makna ini juga tidak benar, meskipun secara bahasa (Arab) kata “ilah” memiliki makna “al-ma’bud” (sesembahan). Namun sebelumnya, perlu kita cermati bersama bahawa kalimat “Tidak ada sesembahan kecuali Allah”, ertinya sama dengan “Semua sesembahan adalah Allah”. Contoh lain adalah ketika kita mengatakan, ”Tidak ada polis kecuali memiliki pistol”. Maka ertinya sama dengan, ”Semua polis memiliki pistol”.

Meskipun makna “ilah” adalah “ma’bud” (sesembahan), namun memberi makna “laa ilaaha illallah” dengan “tidak ada sesembahan selain Allah” tetap saja tidak tepat. Hal itu dapat ditunjukkan dari bukti-bukti berikut ini.

Bukti pertama, makna tersebut tidak sesuai dengan kenyataan atau realiti yang sebenarnya. Bagaimana mungkin kita memberi makna kalimat “laa ilaaha illallah” dengan “tidak ada sesembahan selain Allah”, padahal realiti menunjukkan bahawa terdapat sesembahan yang lain di samping Allah? Buktinya, kaum musyrikin pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memiliki sesembahan yang bermacam-macam. Di antara mereka ada yang menyembah malaikat, ada yang menyembah Nabi dan orang-orang shalih, ada yang menyembah matahari dan bulan, serta ada pula yang menyembah batu dan pohon. (Lihat Syarh Al Qowa’idul Arba’, hal. 25).

Bahkan dalam banyak ayat pula Allah Ta’ala menyebut sesembahan orang-orang musyrik sebagai “ilah”. Di antaranya adalah firman Allah Ta’ala, “Mereka mengambil sesembahan-sesembahan selain Allah, agar mereka mendapat pertolongan” (QS. Yasin [36]: 73). Kesimpulannya, memberi makna “laa ilaaha illallah” dengan “tidak ada sesembahan selain Allah” adalah tidak tepat kerana realiti menunjukkan bahawa di dunia ini terdapat sesembahan-sesembahan yang lain selain Allah Ta’ala. Bahkan Allah sendiri mengakui bahawa memang terdapat sesembahan selain Dia.

Bukti kedua, kalimat “tidak ada sesembahan kecuali Allah” menimbulkan kesan yang sangat berbahaya. Kerana kesan kalimat itu menunjukkan bahawa semua sesembahan orang musyrik adalah Allah.

Kekeliruan makna “tidak ada sesembahan kecuali Allah” juga dapat dilihat dari kesan yang ditimbulkan oleh makna tersebut. Kerana kalimat “tidak ada sesembahan kecuali Allah”, bererti “semua sesembahan yang ada di alam semesta ini adalah Allah”. Maka Isa bin Maryam adalah Allah, kerana dia adalah sesembahan orang-orang Nasrani. Wadd, Suwa, Yaghuts, Ya’uq, Nasr, Latta, Uzza, dan Manat semuanya adalah Allah, kerana mereka adalah sesembahan kaum musyrikin pada zaman dahulu. Para wali yang dijadikan sebagai perantara dalam berdoa kepada Allah adalah Allah juga, kerana mereka merupakan sesembahan para penyembah kubur.

Maka jelaslah, bahawa makna “tidak ada sesembahan selain Allah” menimbulkan kesan yang sangat batil. Kesan pertama, Allah itu tidak hanya satu, namun berbilang sebanyak jumlah bilangan sesembahan yang ada di muka bumi ini. Sedangkan kesan batil yang kedua, bahawa Allah Ta’ala telah menyatu dengan sesembahan-sesembahan tersebut (aqidah wihdatul wujud).

Makna Kalimat “Laa ilaaha illallah” yang Tepat

Syaikh Al-‘Allamah Hafidz bin Ahmad Al-Hakami rahimahullah berkata, ”Makna kalimat “laa ilaaha illallah” adalah “laa ma’buuda bi haqqin illallah” [tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah]. Kalimat “laa ilaaha” bermakna meniadakan seluruh sesembahan selain Allah. Maka tidak ada yang berhak untuk disembah kecuali Allah (“illallah”). Sehingga kalimat “illallah” bermakna menetapkan segala jenis ibadah hanya kepada Allah Ta’ala semata. Dia-lah sesembahan yang haq (yang benar) dan yang berhak untuk diibadahi” (Lihat Ma’arijul Qobul, 2/516).

Berdasarkan penjelasan beliau rahimahullah tersebut, maka makna yang tepat dari kalimat “laa ilaaha illallah” adalah “tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah”. Ditambahkannya kalimat “yang berhak disembah” ini dapat ditinjau dari dua sisi. Pertama, kenyataan menunjukkan bahawa banyak sekali sesembahan-sesembahan selain Allah Ta’ala di muka bumi ini. Akan tetapi, dari sekian banyak sesembahan tersebut, yang berhak untuk disembah hanyalah Allah Ta’ala semata. Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala yang ertinya, “Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (sesembahan) yang haq (benar). Dan sesungguhnya apa saja yang mereka sembah selain Allah itulah (sesembahan) yang batil” (QS. Luqman [30]: 31).

Kedua, dari sisi kaedah bahasa Arab pada kalimat “laa ilaaha illallah” memang ada satu kata yang dibuang, iaitu “haqqun”. Sehingga kalimat lengkap dari kalimat tauhid tersebut sebenarnya adalah “laa ilaaha haqqun illallah” yang bererti “tidak ada sesembahan yang haq (atau yang berhak disembah) selain Allah”. Kalau ada yang bertanya, ”Mengapa ada kata yang dibuang?” Maka jawabannya adalah kerana kaedah bahasa Arab menuntut agar kalimat tersebut disampaikan secara ringkas, namun dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya. Meskipun kata “haqqun” dibuang, namun orang-orang musyrik jahiliyyah dahulu telah memahami bahawa ada satu kata yang dibuang (iaitu “haqqun”) dengan hanya mendengar kalimat “laa ilaaha illallah”. Ini kerana orang-orang musyrik jahiliyyah adalah masyarakat yang fasih dalam berbahasa Arab. (Lihat At-Tamhiid, hal. 77-78)

Demikianlah perbahasan tentang makna yang benar dari kalimat tauhid. Semoga dengan perbahasan yang singkat ini dapat mengangkat sedikit di antara kejahilan diri kita tentang agama ini. Dan sungguh, memahami kalimat tauhid merupakan salah satu nikmat Allah Ta’ala yang sangat besar bagi hamba-Nya. Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah berkata, “Tidaklah Allah Ta’ala memberikan nikmat kepada seorang hamba dengan suatu nikmat yang lebih agung dari nikmat diberikan pemahaman terhadap kalimat ‘laa ilaaha illallah’”. [M. Saifudin Hakim]

http://buletin.muslim.or.id/aqidah/kebodohan-kita-terhadap-makna-kalimat-tauhid

SUMBER : http://al-fikrah.net/News/article/sid=720.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...