Friday, April 2, 2010

Disebalik April Fool



SALAM

Emmm...memang agak lambat nak update blog pasal april fool ni. Sebenarnya bukan apa tetiba teringat kisah 1 April atau april fool yang diceritakan oleh ustaz masa sekolah dulu.

Seluruh dunia menyambut hari penghinaan ini malah orang yang beragama islam pun turut mengamalkannya tanpa menyedari apa yang berlaku disebalik hari yang bergelar April Fool ini.Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap orang lain dengan bertujuan bergurau senda atau mengenakan seseorang.Kononnya hari yang bergelar April Fool ini hari yang diberi peluang untuk membuat perkara-perkara yang jahat atau nakal.Tahukah korang apa sejarah sebalik hari April Fool ni?Mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni dan mungkin juga ramai yang buat2 tak tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu langsung?.April Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487,atau bertepatan dengan 892H.

Yang masih tak tahu,Nak tahu cerita?April Fool mula disambut sewaktu kejatuhan umat Islam di Sepanyol.Kerajaan Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Granada,Sepanyol,tapi akhirnya runtuh tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol[Moors] terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 islam di Sepanyol.

Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.Orang2 muslim yang bimbang sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya[1 APRIL] ,mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan dan menuju keperlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kerana semuanya telah dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki,perempuan dan juga anak2 kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah diserata dunia.

Kesimpulannya,sama2lah kita ingat mengingati sesama kita,sampaikan cerita disebalik April Fool kepada yang tak tahu lagi supaya tidak ada lagi umat Islam yang menyambut April Fool walaupun hanya berniatkan gurauan.
Sekian,wallahualam,wsalam..

p/s: Peringatan juga untuk diri sendiri.........semoga tak alpa....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...