Tuesday, December 29, 2009

APAKAH YG LEBIH BERAT DRPD LANGIT?


Suatu hari, Saidina Ali telah ditanya oleh seorang sahabat mengenai pelbagai soalan iaitu "Apakah yang lebih berat daripada langit? Apakah yang lebih luas daripada bumi?Apakah yang lebih kaya daripada lautan? Apakah yang lebih keras daripada batu? Apakah yang lebih panas daripada api? Apakah yang lebih dingin daripada zamharir
(benda yang paling dingin)? Apakah yang lebih pahit daripada racun?"

Jawab Saidina Ali,"Berbuat dusta itu lebih berat daripada langit.Kebenaran lebih luas daripada bumi. Hati yang menerima (dengan redha dan ikhlas)lebih kaya daripada lautan. Hati orang munafik lebih keras daripada batu.Penguasa yang menyeleweng lebih panas daripada api. Meminta kepada orang yang tercela lebih dingin daripada zamharir. Adu domba pula lebih pahit daripada racun."

p/s : Wallahualam ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...