Tuesday, June 28, 2011

baru nak buat.....

Baru bercadang nak buat apam dot-dot ni ... nampak cam sedap dan menarik jer..apapun dah janji dengan cik dania manis nak buat apam ni .... ok ni resepinya... kita kongsi la sama-sama kot kot ada sesapa yang teringin nak buat kan... setakat resepi jer kan apalah sangat, jangan kedekut nak kongsi ilmu masak memasak ni ....ini pun cari kat internet .....sharing is loving is caring ...hehehee....:) kalau rasa teringin nak buat apa2 cari je kat tenet lagi mudah dan senang ....... selamat mencuba


Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
  7. *Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...

ps: ok tunggu next entry ... jadi ke tak apamnyer...weeeeeeeeeee......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...