Thursday, December 17, 2009

SALAM 1 MUHARAM 1431




Hampir-hampir aku terlupa esok adalah sambutan Maal Hijrah..Masuk jer waktu maghrib dah tentulah masuknya Awal Muharam atau 1 Muharam 1431 dalam kalendar Islam...Cepatnya masa berlalu..tik tok tik tok dah pun masuk tahun baru ...tak lama lagi 2010 ...emmm terasa diri makin tua ...

Semoga kita tak lupa untuk bacakan doa akhir tahun dan doa tahun baru ini selepas sembahyang maghrib nanti..
Semoga hidup kita lebih baik dari semalam..lebih baik dari sebelumnya ....
Semoga hidup kita akan lebih diberkati...
Semoga kita tak alpa untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA yang kerdil..
Semoga hati kita bersih dari sifat keji...
Semoga kita menjadi insan yg bertakwa...
Semoga dimurahkan rezeki dan kebahagiaan dalam keluarga...Amin..
(^ ___ ^)

Doa awal muharam ...

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untukl selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang Maha Agong dan kemurahanMU yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMU.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.... Amin ...


Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, 'Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan

p/s: Selamat menyambut maal hijrah.. hijrah pada kebaikan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...