Monday, April 18, 2011

Kisahku si comei AMNI ...

salam sayang buat anak mama .... my cute lil princess amni .... :)


Gambar intro dari baby amni ... comei tak ??hehe

18.4.2011 genap la baby amni 4 bulan ..yeayy 4 bulan dah ..cepat jer rasa ... alhamdulillah ....
Dah pandai meniarap pun .. masa umur amni 3 bulan lebih dah pandai meniarap ...sayang mama..

now ur new progress dah bertambah2 .. dah guling-guling ke sana ke mari .tak leh duduk diam atas katil, sekarang ni suka tarik rambut..heheh.. yang jadik mangsanye sure kak dania n mama la.. rambut ayah pendek kan susah nak tarik..senyum melerek kalo kena 'agah'.."cak ,cak " camtu la.....suka bergambar..kalau nak tangkap gambar amni ..dia mesti senyum punya... haha ..kak dania pun suka posing kan bila tangkap gambar .. sekarang ni dah pandai main ayak liur .. aduh !!! habis basah baju tau ...my cute amni ni sangat suka dengan en barney ..tambah2 kalau dengar lagu barney yang didendangkan oleh kak dania ..amni lagi suka kan ...hehe.. lagi satu suka jugak kalau mama nyanyikan lagu twinkle twinkle little star...mesti pegang kaki sampai terangkat punya....pastu senyum meleret.... cayang amni...

so sampai sini je la rasanya untuk amni cayang .......lain kali citer lagi ok .. :)

yeayyyy... now layan gambar amni ... becoz a photo is worth a thousand words....















adios......

Wednesday, April 6, 2011

love your style babeh....

Aduhai ...Serious memang dah jatuh hati dengan style HANA TAJIMA .... saper yang tak kenal dengan dia ni .. fashion designer yang berjaya . Currently so addicted dengan dia ni.. stylo gilersss.... hehehe... especially the way she wearing hijab ... ..comei bangat ...so casual ...











saya suka juga dekat awak YUNA ... lagu awakbest2....




yeayyy...gambar sendiri plak .... tak berapa nak
menjadi sebab tak pakai pashmina ...
ni pakai shawl biasa jer...
boleh la tu ..
hehehehe









ok abis suda......

Friday, March 4, 2011

sape punya lukisan ni??

Di suatu petang nan indah...cik dania manis sedang terbongkok-bongkok depan tv sambil memegang pensel dan kertas...mama tengah mengadap laptop..ayah tengah kusyuk baca paper dan amni comei sedang enak dibuai mimpi...

tiba-tiba terdengar cik dania manis membebel sorang-sorang ....."this is ayah..this is mama...this is amni...this is kakak dania"(dengan nada suaranya yg tersendiri)........adala nak dekat 5 ke 6 kali dania asyik ulang jer perkataan tu.... bila mama dengar jer mama pun terus tanya dia...
macam dialog kat bawah ni la.....cdm (cik dania manis) bukan cash deposit machine ok...hehehe ...

mama : apa dania buat tu ???
cdm : lukis la...... gambar kita
mama :mama nak tengok....

(dania dengan lajunya terus datang kat mama)

mama: pandainyer dania lukis.....anak mama mmg pandai ..(teruja la bila tgk lukisan pertama dari dania, gambar famili kitaorg plak tu)
cdm : (dengan bangganyer menjawab) biasala.... dania kan dah besar....

ayah yang tengah kusyuk baca paper pun berhenti dan teruja tengok lukisan dania yang kreatif tu...hehehe.......tapi bila tengok balik lukisan tu nak tergelak pun ada....suka pun ada...hehe...terharu pun ada sebab dania dah pandai lukis gambar famili dia ..... gud girl....










hah..
inila lukisannyer....
tak leh tahan tengok kaki dan tangan panjang
semacam jer...hehehe...
ini la jugak gambar famili
kitaorang yang dihasilkan oleh
cik dania manis ...
mengikut cik dania......

dari kiri>>>>ayah..mama...amni(nampak tak yg kecik tu) ...kakak dania





ni plak gambar-gambar lain yang dania lukis
ada banyak lagi sebenarnya tapi 2 gambar ni je
yang ditangkap.

ok la ..itu ajer yang nak dikongsi bersama .....

-bye-

Aktiviti bersama cik dania manis

Aktiviti tampal-tampal dengan cik dania manis pada hari ahad lepas.... hujung minggu tak ada buat apa jadi melayan cik dania manis main tampal-tampal .. boleh jugak cantikkan sudut dekat rumah .....yeeayyy..memang best kan dania...bila dah siap jer dania la orang yang paling excited nak tunjuk dekat ayah dia.... good girl.... tengok la gambar-gambar kat bawah ni cik dania manis yang tersengeh sambil tersenyum ( eh ada ke cam tu ) dengan tekun menampal gambar tu ... ok la tu ..... :)




hah dah kata dah...mmg senyum kan...




terjengket-jengket nak tampal... hehehe...berusaha tu





oooo.....ni wrong place.......main letak jer....
takpe..takpe..
mama dah betulkan..




yeayyyyy....dah siap....



p/s: tgh fikir apa aktiviti yang nak dibuat seterusnya ........emmmmm.....



Wednesday, February 23, 2011

Nowseeheart-Selawat Atasmu.wmv




Ada satu bintang
Sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya
Empat yang utama

Satu menyampaikan
Dua amanah
Tiga bijaksana
Empat membanarkan

Jangan kita ragu
cubalag sedaya mampu
Ikuti sunnahnya
Hidup kan bererti

_______________________________________________________

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...Segala pujian ke atasmu ...

p/s: damainye dengar lagu ni.....tenang rasa hati ....

sedetik lebih

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

p/s: teramatla suka lagu ni ... dan tak sabar rasanya nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni ... nampak cam best je la ... apapun tunggu .....

Thursday, January 27, 2011

anugerah terindah milik kami

salam semua................

wawahhhh....lama dah tak berblog ni .... tetiba nak buka blog tadi boleh plak terlupa pasword.. hihi.kelakar la plak..godek punya godek baru la ingat balik...memang nampak sangat dah lama tak berblog.. nasib baik la ingatan ni masih ada lagi ... baru ada anak 2 pun dah lupa.... tolong...tolong....

uittt... anak dah 2???? yup.. alhamdulillah.... dania dah ada adik .. so tambah lagi sorang permata hati buah hati kami yang amat disayangi .. syukur.syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi ....2 orang puteri buat penghibur hati ..

Dan sekali lagi syukur alhamdulilah nak bersalin tak la susah ... sakit pun kejap jer.. yang 2nd baby ni baru dapat rasa sakit nak bersalin...tq so much my dear hubby yg tak putus2 berdoa dan ada di sisi masa nak bersalin....yg 1st dulu induce and epidural jadik tak dapat la rasa contraction camane... so relax jer la... lalalala...

emmm..dah tak sabar nak tunjuk gambar budak bucuk ni ...... inilah puteri baru kami








nama saya: zara amni darwisyah.. lahir pada 18/12/2010 kat
Ipoh Specialist ..berat saya 3.4 kg...




kakak dania yang paling teruja dapat adik .... cayang dua orang puteri ni ....
semoga menjadi puteri2 yang baik dan solehah, berjaya di dunia
dan akhirat kelak ...
2 puteri terindah untuk mama dan ayah...
muuahhhhh .....


p/s : tq to Allah ..tq emak yang jaga makan minum dalam pantang....and tq for my beloved hubby zaraq firdaus...

Saturday, October 16, 2010

Ku Berjanji Kerna Cinta



Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Meraihmu…menggapaimu

Kuberjanji karna cintaku
Karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah


p/s: special to my love ....

Sunday, July 4, 2010

hati berbunga2


salam semua..

Wujud lagi ker blog aku nih..hehe.. dah lama tak jenguk pun... Maklumla sejak alah teruk aritu tak ada mood sangat.. nak berblog lagi la malas..rugi betul..banyak benda nak tulis tapi mood uwekkkk mesti sampai .... ...

tak lama lagi cik dania manis akan dapat adik ... insyallah dan alhamdulilah sebab memandangkan dania pun dah nak masuk 3 tahun 11 Julai ni .... mesti lah dia nak berkawan.. tak ada la asyik ajak mama & ayah je main dgn dia ..hehehe...

Memandangkan dah masuk 4 bulan lebih ni alhamdulillah alah pun hilang dgn serta mertanya..amin sesangat ... dan berat pun dah bertambah-tambah..heheehe..

And now I'm so super happy in my life ..can't wait for u my lil baby...
XX or XY???? surprise ..tak tau lagi

ok bye...muahhh

love u my hubby n nia sayang..

Thursday, April 15, 2010

( ♥‿♥) CIUM ANAK DAPAT PAHALA (♥‿♥)



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulA akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

p/s: ...hari-hari mesti cium dania...
(◕‿◕✿)

SINAR AYAT KURSI



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


Friday, April 9, 2010

study???



ehehee...
patut ke aku senyum bila nak baca buku macam pic tersebut???
oh tidak...
kepala serabut nih....

iyer..
tapi sempat jugak nak menulis kat sini..
nak amik exam nih..



sungguh aku memang serabut...

kusut

huh

ini la hakikat yang sebenarnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




sabar...sabar...

fikir masa depan yang cerah...
..

huhuhu...

berusaha,berdoa,bertawakal,

nak tenangkan jiwa la ni.....







ok tenang yer........

(T_T)

Friday, April 2, 2010

Disebalik April Fool



SALAM

Emmm...memang agak lambat nak update blog pasal april fool ni. Sebenarnya bukan apa tetiba teringat kisah 1 April atau april fool yang diceritakan oleh ustaz masa sekolah dulu.

Seluruh dunia menyambut hari penghinaan ini malah orang yang beragama islam pun turut mengamalkannya tanpa menyedari apa yang berlaku disebalik hari yang bergelar April Fool ini.Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap orang lain dengan bertujuan bergurau senda atau mengenakan seseorang.Kononnya hari yang bergelar April Fool ini hari yang diberi peluang untuk membuat perkara-perkara yang jahat atau nakal.Tahukah korang apa sejarah sebalik hari April Fool ni?Mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni dan mungkin juga ramai yang buat2 tak tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu langsung?.April Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487,atau bertepatan dengan 892H.

Yang masih tak tahu,Nak tahu cerita?April Fool mula disambut sewaktu kejatuhan umat Islam di Sepanyol.Kerajaan Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Granada,Sepanyol,tapi akhirnya runtuh tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol[Moors] terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 islam di Sepanyol.

Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.Orang2 muslim yang bimbang sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya[1 APRIL] ,mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan dan menuju keperlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kerana semuanya telah dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki,perempuan dan juga anak2 kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah diserata dunia.

Kesimpulannya,sama2lah kita ingat mengingati sesama kita,sampaikan cerita disebalik April Fool kepada yang tak tahu lagi supaya tidak ada lagi umat Islam yang menyambut April Fool walaupun hanya berniatkan gurauan.
Sekian,wallahualam,wsalam..

p/s: Peringatan juga untuk diri sendiri.........semoga tak alpa....


baik-baik ye sayang ku

- Baik-Baik Sayang

khas untuk en hubby dan my cute dania...


aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

p/s: mama sayang dua2 nya....(^_^)

Wednesday, March 31, 2010

Suka Dapat award... ( ^_^)

yeayyyy..... 1st time dapat award ..suka+suki+gembira+riang hati ...tq so much kak shila ..blog kak shila pun meriah lagi cantik .... itu sebab kak shila pun dapat award (^_^) ..dan inilah awardnya.....






tapi nak dapat award nih kena la jawab soalan ..tapi bukan macam soalan periksa atau sebagainya... sonang ajer...

1.THANKS & LINKS THAT THE PERSON GIVE YOU THE AWARD
TQ a lot kak shila coz give me the award... toce...toce....(^_^)

2.PASS THE AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC

Ok yang ni saya suka .. saya dengan murah hati juga nak bagi award ni kepada mereka....


opss..15 orang jer.. yang lain tu kalau nama tak tersenarai jangan kecil hati ok .. semua blog pun cantik2...

3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD ok ... in proses...

4. STATE 7 THING ABOUT YOURSELF

Ok nasib baik 7 jer..sebab mata dah makin rapat... memanggil-manggil bantal ku yang empuk tu ...ok jangan buang masa melalut....

1. i love art...boleh jadi senyum sorang2.. dan muka akan jadi tekun dan teliti menelek hasil lukisan yang cantik-cantik

2. 'gila' shopping ... pantang ada duit .. cepat jer nak kempiskan poket..( uhhh..amalan yg tidak bagus)

3. sayang pada en hubby ku ...

4. sayang pada my cute dania....

5. sayang pada family ku ....

6. bulan mei ni birthday saya ... hehehe

7. i love teaching .........

ok itu jer.... penerima-penerima award boleh la amik tag ni dan jawab la ikut suka hati ...
ok bye...




gambar bila dah teruja dapat award la nih... hehe


p/s: anugerah yang paling bernilai adalah kelahiran puteri kesayangan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya...( fuh ayat tetiba jadi skema)


Friday, March 19, 2010

PULAU MUTIARA

Salam kengkawan..

Yeayyy..aritu pergi Penang jalan-jalan dengan my sis ..abg azam ..dan umi . . Mula-mula pening tak tau nak pergi mana .. sebab nak pergi yang dekat2 je..kononnya abg azam nak balik Klang awal.... so ada yang cadang ...Cameron??Ops tidak sebab baru jer pergi...Genting?? ( memang rasa macam nak pergi ) ..Tapi Last -last pergi Penang jer... ok la tu ... Terus terfikir boleh bawak Cik Dania manis pergi Toy Museum....mesti dia suka ..( eh..eh mama dia pun suka juge ..hehe)
(' ^_^ )


penang bridge...







kat depan toy museum...
tengok la maksu posing mcam sakit pinggang jer..
kikiki..tetiba teringat posing dania masa kat taman ..
eh sama la ....



macam-macam watak cartoon ada... ni sikit je yang diupload
ALADIN,HARRY POTTER,MR BEAN, MULAN ..dan berbagai la lagi



hah..ni korang sure kenal kan ..MUHAMAD ALI
& CAPTAIN JACK SPARROW



Barbie doll...


hah..kan dah teruja tuh tengok semua
toy ni ..sampai mengangkat
tangan...ye mama paham..fine
semua toys ni tak dijual ok cayang ..
sebab dania kata dia nak beli ..
hehe


sebenarnya mama pun teruja juge ..
kikiki
(^_^)



opss........
bukan kite berdua je teruja dania
rupa-rupanya yang sebelah kanan
tu lagi dasyat terujanya...
sampai posing gitu jadinya
kikiki...




hello mr SHREK..





Ok abis dah kat toy museum...
now at P.Ramlee home and Gallery
maksu,mommy and mama in the mirror



P.Ramlee home...
ok nak bagi info skit..
Rumah kelahiran P. Ramlee ni terletak di Lot 2180, Jln P.Ramlee, Penang.Tempat kelahiran P.Ramlee. Dibina pada tahun 1926 oleh bapanya bersama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussein. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya di zaman penduduk Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948. Rumah ini telah dibaik pulih semula buat kali ketiganya oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991. Rupa bentuk asal rumah ni masih dikekalkan ...


abah & ayah masing-masing mendukung anak ..
bagus2



kat ruang dapur rumah ...
teringat plak kat rumah tok kat kampung
semua perkakas dapur sebijik macam kat rumah tok
dan pah ..old fashion...tapi sangat bernilai ...



memang serius teringat kat kampung rumah
tok dan pah ...



hard rock hotel...
eh apasal aku nampak gemuk nih..
oh tidak..





padang kota



sempat lagi tuh ...
suruh adik ni lukis gambar kitaorang ..3 orang rm20..
mahal ke murah ..??tak tau la ..
ni 1st time ...




emm...lepas tu kitaorang pergi lepak-lepak kat Padang Kota
makan pasembur & cendol sambil mulut berpot-pet
cerita macam2..best..sebab view laut
yang biru..damai jer....
(^_^)


ok citer suda abis mau balik ipoh ....
gambar penang bridge waktu malam..cantik..
sumber dari google ...

p/s: Cuti -cuti Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...